Wednesday, March 21, 2012

Berbual tentang memilih pasangan hidup ...

Mari berlatih berbual dengan menggunakan fakta berikut:

1. Mengapakah perkahwinan merupakan satu keperluan dalam kehidupan?
Perkahwinan adalah satu keperluan dalam kehidupan kerana beberapa sebab, di antaranya ialah ia menjamin kesinambungan keturunan manusia di dunia ini.

2. Apakah yang dimaksudkan ayat Quran '.. dia menjadikan di antara kamu kasih-sayang dan perasaan rahmat'?
Maksud ayat ini ialah agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram.

3. Apakah ciri-ciri yang biasa untuk memilih pasangan hidup?
Terdapat 4 ciri-ciri yang biasa bagi memilih pasangan hidup, iaitu kerana kecantikan, kerana keturunan, kerana harta dan kerana komitmen terhadap ajaran ugama.

4. Di antara 4 ciri-ciri memilih pasangan hidup, ciri yang manakah yang paling penting?
Di antara 4 ciri-ciri untuk memilih pasangan hidup, yang paling penting ialah aspek komitmen terhadap ajaran ugama.

5. Apa makna maksud hadith '... pilihlah yang mempunyai ugama, nescaya terkawal urusan kamu'?
Maksud hadith ini ialah sekiranya kita memilih orang yang mempunyai komitmen dalam berugama kehidupan kita akan menjadi mudah dan berada di atas landasan ajaran ugama.

6. Biasanya ciri-ciri memilih pasangan ini adalah untuk lelaki, bagaimana pula dengan perempuan?
Perempuan juga mesti menerima lelaki yang akan menjadi suaminya berdasarkan ciri-ciri ini juga, iaitu komitmen terhadap agama adalah yang paling penting selain dari paras rupa, harta dan keturunan.

7. Sekiranya seseorang lelaki telah meminang seorang wanita, apakah perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak bagi kedua-duanya?
Sebenarnya syarak tidak memberi sebarang kelebihan kepada kedua-duanya. Hubungan mereka sama seperti orang lain yang tidak mempunyai ikatan pertunangan.

8. Bolehkah anda memberi nasihat kepada pemuda dan pemudi kita dalam isu ini?
Saya menasihatkan pemuda dan pemudi kita agar sentiasa berakhlak mulia dan mengikut ajaran ugama kerana ini adalah sifat-sifat yang terpuji yang dikehendaki oleh ugama untuk kebahagian kita di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment