Wednesday, March 21, 2012

Berbual tentang hiburan dalam Islam ...

Berikut berberapa ungkapan dalam BM, kalau anda boleh mengungkapkannya dalam BA - ok ... lah tu!

Tapi syarat... jangan tulis semula dalam BA dan baca! Kalau begitu, jadi Kemahiran Membaca pula!
Budak kecilpun, kalau diberi teks bahasa Arab dengan barisnya sekali (seperti buku qira-ati), anytime boleh baca!
Jadi, jangan pandang teks Arab... terus tengok teks BM dan ungkapkannya dalam BA - secara spontan!
Selamat berlatih...

1. Apakah hiburan yang dibenarkan dalam Islam?
Hiburan yang dibenarkan dalam Isalm ialah hiburan yang tidak menyalahi syarak.

2. Bagaimanakah Rasulullah SAW berjenaka?
Rasulullah SAW berjenaka dengan berkata benar. Baginda tidak berdusta ketika berjenaka.

3. Apakah yang diminta oleh seorang wanita tua di dalam hadith tentang Rasulullah berkata benar ketika berjenaka?
Wanita tua itu meminta Nabi supaya baginda mendoakannya agar masuk syurga.

4. Apakah makna ‘hati juga lesu seperti badan’?
Ungkapan ini bererti hati juga memerlukan sesuatu untuk menjadikannya segar kembali seperti badan.

5. Mengapakah Islam mengharuskan aktiviti hiburan?
Islam mengharuskan aktiviti hiburan kerana fitrah manusia cenderung kepada hiburan.

6. Apakah 4 ciri-ciri orang-orang munafik?
Ciri-ciri tersebut ialah apabila dia diamanahkan, dia mengkhianatinya; apabila dia berkata-kata dia berdusta; apabila dia berjanji, dia memungkiri janji dan apabila dia bertengkar dia melampaui batas.

7. Dalam sebuah hadith ada disebut para sahabat berjenaka ketika mereka merasa jemu. Apakah yang boleh kita faham dari hadith ini?
Hadith ini menunjukkan bahawa berjenaka diharuskan dalam Islam.

8. Mengapakah kita tidak boleh memperlekehkan orang lain?
Kita tidak boleh memperlekekkan orang lain kerana mungkin dia lebih baik dari kita.

No comments:

Post a Comment