Wednesday, March 28, 2012

Latihan Perdebatan - Memelihara Kebersihan...

Debat
Pendahuluan:
- Rais parlimen
رئيس البرلمان
- tajuk berbahasan
موضوع المناظرة
- tajuk cadangan
موضوع الاقتراح
- barisan
صف، فريق
- pencadang, pembangan, kerajaan
المقترح، المعارض، الحكومة
- anggota parlimen
أعضاء البرلمان
- dewan yang mulia
القاعة الكريمة
- kami menerima tajuk hari ini
نقبل مشروع اليوم، موضوع اليوم
- kami menolak tajuk hari ini
نرفض مشروع اليوم، موضوع اليوم
Pertengahan:
- tajuk perbahasaan kita pada hari ini ialah ...
موضوعنا اليوم هو ...
- saya sebagai ketua pihak pembangkang ingin menegaskan bahawa ...
أنا كرئيس المعارضة أريد أن أؤكد ...
- saya tidak bersetuju dengan pendapat pihak ...
أني لا أوافق على رأي فريق ...
- kita mesti bersetuju dengan pandangan pihak ...
يجب أن نوافق على رأي فريق ...
- ini ialah kerana ...
هذا لأن ...
- sebagaimana yang kita tahu ...
كما عرفنا ...
- kita tidak boleh bersetuju ...
لا نستطيع أن نوافق ...
- apa yang diucapkan oleh pihak pembangkang
ما قاله فريق المعارضة
- kami mempunyai dalil yang kukuh
عندنا دليل قوي / حجة قوية
- adakah diterima akal bahawa ...
هل يعقل أن ...
- hujah saya yang pertama, kedua ialah ...
حجتي الأولى، الثانية هي ...
-

Penutup:
- kesimpulannya ialah ...
خلاصة القول ...
- dengan ini kami meminta ahli parlimen agar menerima/menolak
بهذا نطلب من أعضاء البلمان أن يقبلوا / يرفضوا
- berdasarkan dalil-dalil yang kami kemukakan jelas bagi kita bahawa ...
استنادا إلى الدلائل / الحجج التي قدمنا
Isi Penting: Memelihara Kebersihan Jalan Raya Tanggungjawab Individu
المحافظة على نظافة الشوارع مسؤولية الأفراد
Menyokong:
1
- sampah datang dari individu
النفايات والزبائل جاءت من الأفراد
- individulah yang membuang sampai di jalan-jalan raya
الأفراد هم الذين يرمون النفايات والزبائل في الشوارع
- kerajaan tidak buang sampai di jalan raya
الحكومة لا ترمي النفايات في الشوارع
- kerajaan buat jalan raya
الحكومة هي التي تقوم ببناء الشوارع لخدمة الأفراد
2
- kalau sampah bukan tanggungjawab individu, ini bererti kita menggalakkan individu bersifat tidak bertanggungjawab
إن قلنا بأن المحافظة على نظافة  الشوارع ليست مسؤولية الأفراد، هذا يعنى نحن نشجع الأفراد ألا يتصفوا بالمسؤولية نحو النظافة
- dengan ini kita mesti menerima bahawa ...
وبهذا يجب أن نقبل أن المحافظة على نظافة الشوارع مسؤولية الأفراد
3
- soal selidik yang dibuat menunjukkan 90% dari rakyat bersetuju bahawa ...
الاستبيانات التي أجرىها الجامعة الوطنية الماليزية تدل على أن تسعين في المائة من الشعب يوافق على أن المحافظة على نظافة الشوارع مسؤولية الأفراد
- kalau rakyat sendiri telah berkata demikian, bagaimana kita boleh membangkang pendapat rakyat
إذا كان الشعب أنفسهم قالوا بهذا، فكيف نستطيع أن نخالف رأي الشعب.

Pembangkang:
1
- kerajaan telah mengenakan cukai jalan raya yang merangkumi pengurusan kebersihan jalan raya
لقد فرضت الحكومة ضرائب لمستخدمي اللشوارع ويدخل في هذه الضرائب إدارة المحافظة على نظافة الشوارع
- oleh kerana itu saya mengatakan bahawa memelihara kebersihan jalan raya bukan tanggungjawab individu tetapi tanggungjawab kerajaan
ولذلك أؤكد هنا أن المحافظة على نظافة الشوارع ليست مسؤولية الأفراد بل هي مسؤولية الحكومة
2
- kerajaan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-undang bagi memelihara kebersihan jalan raya
إن الحكومة لديها القدرة والكفاءة لتطبيق قوانين المحاظفة على نظافة الشوارع
- adakah pihak kerajaan ingin lari dari tanggungjawab melaksanakan undang-undang yang menjamin kebersihan jalan raya kita
هل الحكومة تريد أن تنصرف من مسؤولية تطبيق القوانين التي تضمن نظافة شوارعنا
3
- kerajaan mempunyai badan-badan yang ditugaskan untuk memelihara kebersihan jalan raya
إن الحكومة لديها مؤسسات خاصة تحمل مسؤولية المحافظة على نظافة الشوارع
- adakah rakyat akan mengambil alih tanggungjawab tersebut
هل سيحمل الشعب هذه المسؤولية
- dengan ini saya menyeru ahli parlimen agar menolak cadangan bahawa memelihara kebersihan jalan raya adalah tanggungjawab individu
وبهذا أدعوا أعضاء البرلمان أن يرفضوا موضوع المحافظة على نظافة الشوارع مسؤولة الأفراد

Perbualan - Bandaraya Islam...

1. Bolehkah anda menceritakan tentang bandar-bandar utama dalam Islam?
هل تستطيع أن تتحدث عن المدن الرئيسية في الإسلام
Bandar-bandar utama dalam Islam ialah 3, Mekah, Madinah dan al-Quds
المدن الرئيسية في الإسلام ثلاثة هو مكة المكرمة والمدينة المنورة والقدس المبارك
2. Apakah mercutanda yang terdapat pada 3 bandar tersebut?
ما هي المعالم الموجودة في المدن المذكورة / هذه المدن؟
Bandar-bandar utama Islam mempunyai banyak mercutanda. Umpamanya di Mekah terdapat telaga zamzam. Di Madinah pula terdapat maqam Nabi Muhammad saw. Dan al-Quds merupakan kiblat umat Islam yang pertama dan juga tempat di mana Rasul saw naik ke langit pada malam isra dan mi'raj.
للمدن الرئيسية في الإسلام معالم كثيرة. علىي سبيل المثال فهناك بئر زمزم مكة المكرمة. وفي المدينة المنورة يقع مقام الرسول ص. وتعتبر مدينة القدس قبلة المسلمين الأولى / أول قبلة للمسلمين وهي أيضا مكان يصعد فيه الرسول إلى السماء في ليلة الإسراء والمعراج
3. Di Mekah terdapat Kaabab. Bolehkah anda menceritakan sedikit sebanyak tentang Kaabah?
هناك كعبة في مكة المكرمة / تقع الكعبة في مكة المكرمة. هل تستتطيع أن تتحدث قليلا عنها / أن تعطينا نبذة عن تاريخ الكعبة.
Kaabah adalah rumah Allah yang pertama yang dibina untuk manusia. Pada satu ketika dalam sejarah ia telah runtuh dan ia telah dibina semula oelh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail as.
الكعبة هي أول بيت وضع للناس. حدث مرة في التاريخ أن انهدمت الكعبة. ولقد أعاد بناءها من جديد أبراهيم وابنه أسماعيل عليهما السلام.


4. Sebagaimana kita tahu Rasul saw dan sahabat baginda berhijrah ke Madinah. Kenapa baginda dan sahabat baginda terpaksa berhijrah ke Madinah?
كما عرفنا جميعا لقد هاجر الرسول ص وأصحابه رض إلى المدينة. لماذا اضطرّ الرسول وأصحابه أن يهاجروا إلى المدينة؟
Pertamanya ini ialah perintah dari Allah dengan hikmah yang kita tidak tahu sebaliknya. Keduanya, bolehlah kita katakan bahawa peluang untuk menyebarkan Islam lebih baik di Madinah.
أولا هذا أمر من الله بالحكمة التي لا نعرف ما وراءها. ثانيا نستطيع أن نقول بأن الفرصة لنشر الإسلام أفضل في المدينة.
5. Bagaimanakah kedudukan bandar al-Quds dari aspek sejarah sehingga hari ini?
ما هو وضع مدينة القدس من الناحية التاريخية حتى اليوم؟
Sebelum ini bandar al-Quds adalah ibu negeri Falestin. Tetapi orang Yahudi telah merampasnya pada tahun 1948. Sekarang ia masih lagi berada di bawah kekuasaan orang Yahudi.
قبل اليوم، كانت مدينة القدص عاصمة فلسطين ولكن اليهود قد اغتصبها من المسلمين سنة ١٩٤٨ وحتى اليوم ما زالت مدينة القدس تحت سيطرة اليهود.
6. Apa harapan anda terhadap bandar al-Quds pada masa kini?
ما أملك نحو مدينة القدس في الوقت الراهن؟
Saya sentiasa berdoa agar satu hari nanti bandar al-Quds akan kembali ke tangan umat Islam. Walau bagaimanapun kita mesti berusaha mengikut kemampuan kita agar harapan kita ini terlaksana, insya Allah.
أنا دائما أدعو الله أن تعود مدينة القدس إلى أيدي المسلمين. على أية حال لا بد لنا من عمل حسب طاقتنا حتى يتحقق هذا الأمل إن شاء الله.

Monday, March 26, 2012

Cerita Nabi Daud as ...

-       Cerita tentang Nabi Daud as
-       Nabi Daud menang peperangan menentang Jalut
-       Burung dan gunung bertasbih
-       Suara nabi Daud as amat merdu
-       Nabi Daud as mempunyai pengaruh yang kuat
-       Semua bersedih atas kewafatan Nabi Daud as
-       Kelebihan Nabi Daud as dalam perusahaan besi
-       Jalut telah membuat kezaliman dengan membunuh ramai orang
-       Cerita Nabi Daud as terdapat dalam al-Quran

Cerita Nabi Ayyub as ...

...

Cerita Joha dan Keldai - chatting ...

...

Cerita Joha dan Keldai - berlumba lari ...

...

Wednesday, March 21, 2012

Berbual tentang memilih pasangan hidup ...

Mari berlatih berbual dengan menggunakan fakta berikut:

1. Mengapakah perkahwinan merupakan satu keperluan dalam kehidupan?
Perkahwinan adalah satu keperluan dalam kehidupan kerana beberapa sebab, di antaranya ialah ia menjamin kesinambungan keturunan manusia di dunia ini.

2. Apakah yang dimaksudkan ayat Quran '.. dia menjadikan di antara kamu kasih-sayang dan perasaan rahmat'?
Maksud ayat ini ialah agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram.

3. Apakah ciri-ciri yang biasa untuk memilih pasangan hidup?
Terdapat 4 ciri-ciri yang biasa bagi memilih pasangan hidup, iaitu kerana kecantikan, kerana keturunan, kerana harta dan kerana komitmen terhadap ajaran ugama.

4. Di antara 4 ciri-ciri memilih pasangan hidup, ciri yang manakah yang paling penting?
Di antara 4 ciri-ciri untuk memilih pasangan hidup, yang paling penting ialah aspek komitmen terhadap ajaran ugama.

5. Apa makna maksud hadith '... pilihlah yang mempunyai ugama, nescaya terkawal urusan kamu'?
Maksud hadith ini ialah sekiranya kita memilih orang yang mempunyai komitmen dalam berugama kehidupan kita akan menjadi mudah dan berada di atas landasan ajaran ugama.

6. Biasanya ciri-ciri memilih pasangan ini adalah untuk lelaki, bagaimana pula dengan perempuan?
Perempuan juga mesti menerima lelaki yang akan menjadi suaminya berdasarkan ciri-ciri ini juga, iaitu komitmen terhadap agama adalah yang paling penting selain dari paras rupa, harta dan keturunan.

7. Sekiranya seseorang lelaki telah meminang seorang wanita, apakah perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak bagi kedua-duanya?
Sebenarnya syarak tidak memberi sebarang kelebihan kepada kedua-duanya. Hubungan mereka sama seperti orang lain yang tidak mempunyai ikatan pertunangan.

8. Bolehkah anda memberi nasihat kepada pemuda dan pemudi kita dalam isu ini?
Saya menasihatkan pemuda dan pemudi kita agar sentiasa berakhlak mulia dan mengikut ajaran ugama kerana ini adalah sifat-sifat yang terpuji yang dikehendaki oleh ugama untuk kebahagian kita di dunia dan akhirat.

Berbual tentang hiburan dalam Islam ...

Berikut berberapa ungkapan dalam BM, kalau anda boleh mengungkapkannya dalam BA - ok ... lah tu!

Tapi syarat... jangan tulis semula dalam BA dan baca! Kalau begitu, jadi Kemahiran Membaca pula!
Budak kecilpun, kalau diberi teks bahasa Arab dengan barisnya sekali (seperti buku qira-ati), anytime boleh baca!
Jadi, jangan pandang teks Arab... terus tengok teks BM dan ungkapkannya dalam BA - secara spontan!
Selamat berlatih...

1. Apakah hiburan yang dibenarkan dalam Islam?
Hiburan yang dibenarkan dalam Isalm ialah hiburan yang tidak menyalahi syarak.

2. Bagaimanakah Rasulullah SAW berjenaka?
Rasulullah SAW berjenaka dengan berkata benar. Baginda tidak berdusta ketika berjenaka.

3. Apakah yang diminta oleh seorang wanita tua di dalam hadith tentang Rasulullah berkata benar ketika berjenaka?
Wanita tua itu meminta Nabi supaya baginda mendoakannya agar masuk syurga.

4. Apakah makna ‘hati juga lesu seperti badan’?
Ungkapan ini bererti hati juga memerlukan sesuatu untuk menjadikannya segar kembali seperti badan.

5. Mengapakah Islam mengharuskan aktiviti hiburan?
Islam mengharuskan aktiviti hiburan kerana fitrah manusia cenderung kepada hiburan.

6. Apakah 4 ciri-ciri orang-orang munafik?
Ciri-ciri tersebut ialah apabila dia diamanahkan, dia mengkhianatinya; apabila dia berkata-kata dia berdusta; apabila dia berjanji, dia memungkiri janji dan apabila dia bertengkar dia melampaui batas.

7. Dalam sebuah hadith ada disebut para sahabat berjenaka ketika mereka merasa jemu. Apakah yang boleh kita faham dari hadith ini?
Hadith ini menunjukkan bahawa berjenaka diharuskan dalam Islam.

8. Mengapakah kita tidak boleh memperlekehkan orang lain?
Kita tidak boleh memperlekekkan orang lain kerana mungkin dia lebih baik dari kita.